Tuesday, 30 January 2018

KENAPA RAMAI BEREBUT NAK BELI G SHOCK ANNIVERSARY NI??
Bulan ni hot dengan keluaran model terbaru G SHOCK 35 TH ANNIVERSARY RED OUT COLLECTION sempena sambutan g shock yang ke 35 tahun.Tak sampai beberapa hari lepas model RED OUT release, hampir semua kedai di Jepun ni SOLD OUT model ni..Orang Jepun ni memang ramai peminat g shock..model yang berkurun lama pun masih ada pengumpul g shock yang masih ada koleksi G shock RARE.Mesti ramai tertanya tanya kan kenapa ada di antara rakan2 anda yang penggemar g shock ataupun pengumpul koleksi g shock limited atau pun g shock rare2 ni sanggup melabur wang untuk seutas jam anniversary ni.
.
.
Antara sebab ramai yang memburu g shock anniversary ni
sebab jam G SHOCK Anniversary ni limited pengeluaran jam ni.Setiap 5 tahun sekali g shock akan keluarkan model g shock Anniversary yang special bagi meraikan tahun anniversary g shock.Model-model g shock ini tidak sentiasa ada di pasaran sepanjang masa(di kedai2 official g shock) dan bila release je memang laju akan sold out.G Shock Anniversary ni antara G shock yang paling tinggi permintaan dan ramai yang cari model ni untuk jadi koleksi peribadi atau pun untuk jual semula.Kalau anda check di ebay g shock 10th Anniversary harga sangat tinggi sekarang sebab makin lama g shock tu makin tinggi permintaan lebih lebih lagi g shock yang susah nak dapat ni.Jadi memang berbaloi beli g shock,nak jual semula kalau dah bosan pakai pun boleh.Walaupun secondhand ramai je yang nak tau.Dekat Jepun ni bersepah kedai secondhand ramai yang menyelam cari g shock.
.
.
Ada orang nak dapatkan g shock Anniversary ni untuk kepuasan diri sendiri bila dapat pakai jam special dari g shock,beli pakai duit sendiri.Ada sesetengah orang yang beli untuk peram beberapa tahun dan jual semula.Ikut minat masing masing dan kehendak diri sendiri.Tak kisah anda golongan yang mana yang penting kita ada minat yang sama suka kan g shock.Kadang2 sebab g shock pun boleh jadi kawan kongsi minat yang sama.
.
.
Jadi lepas ni kalau ada antara kawan2 korang yang pelik atau tertanya tanya kenapa korang beriya sangat cari jam anniversary ni boleh lah kongsi sedikit ilmu pasal ni.Buat topik sembang2 kat mamak.
.
Jemput SHARE & TAG rakan-rakan anda.Sama2 kita kongsi ilmu.Nak tambah info pun boleh komen di bawah.

Nah admin share g shock  Anniversary setiap 5 tahun sekali:











Saturday, 11 June 2016






HARGA JAM INI BOLEH BELI SEBUAH KERETA
BY:FB JAPAN MONO-BARANG DARI JEPUN
Jam apa yang mahal sangat ni😖😖Haa ni lah jam G SHOCK Takashi Murakami Frogman (GWF-1000TM-4JR).G Shock paling termahal di dunia.Minggu lepas ada pelanggan admin JM tanya harga G shock ni sebab nak beli.Jadi,admin pun survey harga jam ni di yahoo auction.Sebab jam ni RARE & LIMITED EDITION memang tak de kat kedai.Ada 300 je pemilik jam ni di seluruh dunia😲.Minggu lepas tengok kat yahoo auction tak de orang jual jam ni.Tapi,baru tadi tengok ada satu jam MURAKAMI harga ¥1,450,000(RM53,000).Lepas 5 minit buka balik nak tengok jam tu dah ada orang sambar.Kejap je barang RARE orang beli😭Tersedak tengok harga jam tu boleh beli sebuah kereta😭.Bila admin tengok status yang lepas ada yang jual sehingga ¥2,000,000(Rm72,000).Pencinta G Shock yang memiliki koleksi G Shock Murakami ni antara 300 pemilik G Shock MURAKAMI bertuah seluruh dunia.Memang terbaik.
Mesti korang tertanya-tanya kan kenapa G Shock Murakami ni mahal sangat.Yang masih tak tau.Meh nak citer.G shock Takashi Murukami Frogman dikeluarkan sempena ulang tahun keempat puluh stesen radio Jepun Tokyo FM. Dengan mengambil warna dari logo stesen, jam tangan yang Bunga Murakami Terukir Mempunyai Di Belakang Back Case Ando Bantal Jam 🌸
Takashi Murakami Frogman Dibuat LIMITED 300 Unit Dan Telah Dikeluarkan Pada September 2010. Harga Awal Di Keluarkan Ialah ¥ 315,000. (RM11,970) Jam Ini Di reka Oleh Artis (Pereka Ando Pelukis Seni) terkenal dunia Takashi Murakami (Japanese Artist) .Nama jam ni juga dari nama pereka Takashi.Reka bentuk yang cantik & LIMITED memang memikat hati pencinta G SHOCK.Dan di sebabkan G Shock ni artist terkenal yang reka & di keluarkan secara LIMITED.Jadi, Mustahil La Harga Tidak Jam Ni Naik Harga Triple Ando Berpuluh Puluh Ribu Ringgit 😊 😊
Share Kalau Ada Jemput Kawan Korang Yang Selalu tanya Kenapa Murakami Ni mahal Benorr 😂 👍


Info Bateri Utk Jam Casio Anda
Good Info
Kredit to Chow Yap Song
Selamat Pagi semua kawan-kawan. Berikut adalah senarai lengkap untuk bateri jam G-Shock/Protrek/Edifice/Standard/Solar Powered.
A) Model model G-Shock dengan bateri butang Lithium.
a) Kesemua model DW-5600/DW-6900: CR2016
b) Kesemua model GLX-5600: CR2025
c) Kesemua model GLX-6900/GLX-6900X: CR2025
d) Kesemua model GLS-5600/GLS-100/GLS-8900: CR2025
e) Kesemua model G-7900: CR2025
f) Kesemua model G-7700/7710: CR205
g) Kesemua model AW-590/AW-591: CR1220
h) Kesemua model G-001: CR-2025
i) Kesemua model GA-100/110/120/150/200: CR1220
j) Kesemua model GA-300/310: SR927SW X 2 biji
k) Kesemua model GAC-110: SR927SW
l) Kesemua model GD-100/GD-120: CR2025
m) Kesemua model GD-200: CR2016
n) Kesemua model GD-350: CR2032
o) Kesemua model GDX-6900: CR2032
p) Kesemua model G-8900: CR2016
q) Kesemua model G-9000: CR2025
r) Kesemua model G-9100: CR2025
s) Kesemua model DW-8200/DW-9900/GW-201 Frogman: CR2016
B) Model model G-Shock/Protrek dengan bateri butang Cobalt/Titanium/Lithium.
Kod bateri: CTL1616 (Bateri Caj Semula)
a) Kesemua model solar Master of G, Rangeman (GW-9400), Gulfman (GR-9110), Mudman (G-9010, G-9300), Riseman (G-9200), Frogman (GF-1000, GF-8250/GF-8230).
b) Kesemua model Master of G dari Jepun, Rangeman (GW-9400J), Gulfman (GW-9100/GW-9110), Mudman (GW-9000/GW-9300), Riseman (GW-9200J), Frogman (GW-1000/GW-T1000).
c) Kesemua model solar standard G, termasuk model G-LIDE solar: G-5600, G-6900, GX-56, GRX-5600/GWX-5600, GWX-8900, GR-8900/GW-8900
d) Kesemua model Protrek (termasuk edisi dari Jepun).
PRG-80/PRW-1000, PRG-110/PRW-1200, PRG-130/PRW-1500, PRG-200/PRG-240/PRW-2000/PRX-2000, PRG-250/PRW-2500/PRW-S2500, PRG-500/PRW-5000,PRG-510/PRW-5100/PRW-5050, PRG-260, PRG-270/PRW-3000, PRW-6000/PRX-7000.
---------------------------------------------------------------------------------------------
Kod Bateri: ML920 (Magnesium/Lithium - Bateri Caj Semula Kapasiti Tinggi)
Kesemua model aviator G-1200/GW-3000, G-1250/GW-3500, GW-A1000/GW-A1100, G-1400/GW-4000, MTG-S1000, AWR-M100/AWG-M100.
Kod Bateri: ML2016 (Magnesium/Lithium - Bateri Caj Semula Kapasiti Tinggi)
Kesemua model Frogman siri 200 sahaja: GW-200-1, GW-200MS-1, GW-204/GW-204/GW-205/GW-206.
b) Kesemua model Raysman siri DW-9300.
----------------------------------------------------------------------------------------------
C) Model model Edifice (Bateri butang Lithium SR927SW x 2)
Kesemua model siri 500 (EF& EFR)
Kesemua model EQS dan EQW.
Model model solar standard Casio (Bateri Caj Semula CTL-1616)
----------------------------------------------------------------------------------------------
Model model Casio yang standard biasanya akan menggunapakai 2 jenis bateri lithium model: CR2016 ataupun CR2025.
D) Model model standard Casio (Bateri Caj Semula CTL1616)
Model model Casio solar yang standard biasanya akan menggunapakai bateri jenis model: CTL1616
E) Jenama bateri yang disyorkan: 1. Maxell, 2. Panasonic 3. Sony
MACAM MANA NAK KENAL FAKE G SHOCK ?? INI CARA CARANYA:


 FAKE G SHOCK

Function Berbeza 
1.Dial. 
2. Jarum Jam Berebeza 
3. Jenis FONT Tulisan Yang Berbeza 
4. Button Setting Jam Biasanya Xboleh Nampak.Tak Terkeluar Macam tu. 
5. Metal Buckle Murah 
6. Resin Macam Plastik Jelly

ALL FAKE G SHOCK






 Fake yellow GA100 on the left - real one on the righ
GA100 FAKE
1. Non-Functional Dial
2. Incorrect Colour Combination
3. Incorrect Coloured Minute / Hour Markers
4. Incorrect Display Colour And Function Display
5. Cheap Plasticy Looking Resin

G-Shock adalah salah satu jam tangan yang tahan lasak dan jam yang yang mepunyai pelbagai model yang rare yang boleh buat ramai penggemar G shock sanggup berkorban duit untuk memiliki jam G Shock kegemaran mereka.Tapi, semakin banyak FAKE G SHOCK yang di keluarkan dan dijual di pasaran.Dan ada sesetengah penjual yang mengambil kesempatan menjual FAKE G SHOCK dengan harga G SHOCK ORIGINAL. Pemalsuan produk G-Shock tidak hanya terjadi pada model model popular saja, seringkali produk FAKE G SHOCK menciptakan design "G-Shock" baru yang tidak pernah dikeluarkan oleh CASIO.
FAKE G SHOCK Boleh Dibezakan Dengan Produk ORIGINAL Hanya Dengan Melihat Luaran G Shock Sahaja.
Bagi Peminat Peminat G SHOCK Atau Otai G SHOCK Yang Sudah Bertahun Lama Dalam Dunia G SHOCK Hanya Dengan Memandang Tanpa Memegang Jam tu Mereka Dah Boleh Tahu Jam itu FAKE Atau ori. .
Ya, Bagi Penggemar G SHOCK Yang Sudah Biasa Melihat G SHOCK, Setiap Hari Pakai Jam G SHOCK Mungkin Tiada Masalah.
Tapi Bagi New bie Yang Baru Menceburi Dunia G SHOCK Kadang2 Boleh Tertipu Sehingga Rugi Jika Tersilap Beli FAKE G SHOCK Yang Disangka G SHOCK ORIGINAL.
Jadi, Kami Di Japan Mono-Barang Dari Jepun Ingin Berkongsi cara-cara Mengenal FAKE G SHOCK: . 
DAN BENTUK 1.KUALITI - JAM FAKE Biasanya Terlalu Tajam Atau Terlalu Bulat Di Tempat-Tempat Tertentu Dan Bentuk Yang Dibuat Kurang Terperinci.Maksudnya Macam ada tak Perfect Bentuk G Shock tu Bila Tengok Dekat Dekat.Contoh Pada Bentuk Jarum Jam, Butang Set Jam, tali jam dan bahagian yang lain.
2.RESIN
Resin FAKE Biasanya Berkilat Dan Nampak Murah.FAKE G Shock Ni Biasanya Dah Boleh Detect Dari Jauh Bila Tengok Macam Pelik Je..Xsedap Mata Memandang..Xsama Macam Original G Shock.
3.Dekat jam ada tulis TOUGH SOLAR tapi bila check betul2 teliti tak de pun function TOUGH SOLAR.Macam jam biasa je ..tu FAKE G SHOCK.
4.WARNA
FAKE G SHOCK Gabungan Warna Yang Tidak Wujud Dalam Keluaran Model G SHOCK Yang Dibeli.Contoh, G Shock Model Dw6900 tak De Warna Denim.Tiba-Tiba ada Seller Jual GA Warna Denim Kata Original Keluaran G SHOCK..Tu FAKE.Atau jam sama model tetapi warna tidak sama seperti yang asal, warna nampak pudar atau kelam.
LAYOUT 5.LCD
- FAKE G SHOCK Biasanya Mempunyai Sedikit Berbeza Digit / Huruf Dan Susunan Yang Tidak Nampak Selaras .Lcd Yang Digunakan Juga Nampak Murah Dan Kualiti Lampu Yang Tidak Setanding Dengan G Shock ORIGINAL.
6.ORIGINAL Casio G -Shock yang baru di jual dengan tin / kotak yang mempunyai nombor model penuh dicetak di belakang (dengan kod bar) .Cuba scan kod bar untuk lihat model yang ORIGINAL.
7.TAG
Produk G -Shock Yang Baru Di Beli Mempunyai Tag Kertas Yang Berlogo Lambang G -Shock, Model Produk, kod Bar Dan Harga Produk.
DENGAN LEBIH TERPERINCI 8.BELEK
- Teks Bercetak:. Kesilapan Ejaan Dalam Teks, Kualiti Huruf - Setiap Huruf, Perkataan, Simbol Sepatutnya Diletakkan Tajam, Simetri Dan sempurna Tetapi Sebaliknya ada Kesilapan
- Jarum Jam Dan Bahagian2 Pada Permukaan Jam Sepatutnya Tepat (Precise) Dan . Kelihatan Seperti Part2 Tersebut Berada Pada Bahagian2 Yang Berasingan Dan Dicantum Sepatutnya Tidak Semua Dibentuk Sebagai Benda Yang Satu.
- Fungsi Khas Seperti Tide Graph Dan Moon Phase Sepatutnya Berfungsi Dan Bukan Sebagai Hiasan Dan Bukan Function On / Off je.
- Cari Nombor Model Yang Tepat , Cari Di Backcase Jam Semua Model ORIGINAL G SHOCK Mempunyai 'Nombor Model' Dash (-) 'Warna kod' Contohnya GD120CM-8 Dan Check kod Warna Dan Jenis Model Dari OFFICIAL WEBSITE:.. Http://Www.Gshock.Com/
Daripada Nasihat Japan Mono-Barang Dari Jepun , Sila Kenalpasti Dengan Lebih Terperinci Jam Idaman Yang Ingin Di Beli Dan Beli Daripada Seller Yang Di Percayai. Dan Rajin Bertanya Dengan Otai2 G Shock. 
.SILA SHARE Ando TAG2 RAKAN-RAKAN G SHOCK Yang Lain Supaya Mereka Tidak Tertipu Dengan FAKE GSHOCK.




Haa ni admin nak share sikit bahasa2 G SHOCK yang selalu seller & G shock lover guna..jadi bagi geng2 yg baru join dunia G Shock bolelah belajar..senang nanti kalau org sebut shortform ULN? NIB? Dah tau ... sebab ramai yg Admin tanya Xtau Bila nak NIB Ke ULN. ✔NIB-NEW IN BOX Maksudnya Jam Yang Di Jual tu Baru Lagi Dalam Kotak..Xdiusik.Memang Dari Kedai Terus Hantar Ke Custo Mer. bau Kedai Lagi ✔NOS-NEW OLD STOCK Maksudnya Barang Baru tetapi stock lama. Ini juga dipanggil untuk barang2 yang sudah tidak ada pengeluarannya lagi di kilang2, tetapi stock2 yang masih baru atau belum di gunakan di simpan oleh seller2 di kedai masing2. Barang NOS ini mungkin akan menjadi lebih mahal kerana kilang2 sudah hentikan pengeluarannya jam ni Beli masa Awl2 Seller Baru Keluar..Pastu Seller tu Simpan, Peram Lama2 X Pernah Guna Simpan je Dalam Kotak..Bila Harga Da Tinggi Sikit Baru Seller Jual Or Bila Terdesak Nk Guna Duit Baru Jual ✔ULN-Used Like New.Maksudnya Senang Citer Secondhand Jam, Dah Pernah Diguna Oleh Seller..Tapi Kondisi Tip Top Nampak Macam Baru..Jam Frogman Atau dw Biasanya G SHOCK Lover Ando Collector X Kisah Kalau Jam Ni ULN Ramai Berebut ✔CUSTOM-Perkataan Ni Selalu Menjadi Topik Hangat Bagi Otai2 G Shock .custom ni maksudnya jam tu di ubah suai daripada original di tambah2 part lain dari model lain.Contohnya jam tu mm2 tapi tali guna cb2 sebab nk nampak kelainan..ataupun jam yg nampak dah lama tapi tukar tali model lain untuk nampak baru.Ada juga Custom Yang Dikeluarkan Jam Kilang.Contoh mcm G Shock Gundam. ✔ASSEMBLE-Perkataan Ni Pun Memang Famous dlm Kalangan G SHOCK User..Kalau ada Seller Jual Jam Mesti Customer Akn Tnye Ni ori Ke Assemble ?? Assemble tu apa? Assemble tu Maksudnya Jam Shock User tu G Tukar Part Yg Dah Rosak Atau Calar Dgn Kemahiran Sendiri Atau Org Lain..Contohnya Tali Jam cb4 Kotor / Rosak.G Shock User Beli Tali Baru Model Yg Sama ..Tukar Ando Pasang Sendiri. 💝 Sebab tu ada Sesetengah G Shock Yg Xkisah Lover ada Jam Assemble..Ada Yg X Suka..Nak Yg Ori..Sebab Selera Kan Lain2 .. Jika Anda Rasa Ilmu Ni Bermanfaat Untuk Rakan2 Anda Yg Lain.Jemput SHARE 👍 👍 👍 Dan Jika ada Ilmu nak Di Tambah Jemput KOMEN.Sharing is caring